Monday, July 6, 2009

isu2 semasa

dah lame sempoi tak bagi isu2 semasa kat u all.ape2 pun jom tinjau jap isu yg hot nie.
Bapa dijel 120 tahun
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Pertuduhan terhadap kamu sangat serius kerana perbuatan (merogol) dilakukan itu tidak berperikemanusiaan dan lebih keji dari binatang.

“Malah, kamu juga melakukannya tidak kira masa dan tempat termasuk di kandang kambing dan ladang kelapa sawit,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 120 tahun dan 60 sebatan terhadap seorang peneroka Felda Chini Timur 3 di Pekan yang didapati bersalah merogol anak kandungnya, antara Ogos hingga 6 November lalu.

Beliau berkata, biarpun tertuduh mengaku salah, tetapi ia bukan faktor yang harus diberi pertimbangan memandangkan kesalahan terbabit amat serius.

selain pada tu .jom kite tgk isu keajaan luar iaitu ttg Thaksin ,thailand jap.
KUALA LUMPUR - Thaksin Shinawatra yang menjadi buruan Thailand bersembunyi selama 26 jam di ibu negara sejak Sabtu lalu.

Satu sumber berkata, Thaksin bersama tiga hingga empat pengawal peribadinya dikatakan tiba di negara ini dengan sebuah pesawat peribadi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dekat sini pukul 5 pagi Sabtu lalu.

Beliau dan konco-konconya kemudian terus ke Hotel Shangri-La di Jalan Sultan Ismail di sini.

Selepas 26 jam, Thaksin meninggalkan hotel tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin dan dipercayai menyambung perjalanan menaiki pesawat sama ke negara ketiga dipercayai Fiji.

Ditanya mengenai tujuan kedatangan Thaksin ke ibu negara, sumber itu memberitahu, rombongan itu hanya singgah bagi tujuan mengisi minyak pesawat.

"Thaksin dan orangnya sebelum itu dikatakan terbang dari Dubai terus ke Kuala Lumpur.

"Selepas menempuh penerbangan jauh, pesawat itu kekurangan minyak dan perlu diisi semula bagi penerbangan ke sebuah negara ketiga," kata sumber itu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, maklumat mengenai kedatangan bekas Perdana Menteri Thailand itu diterima pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu.
ehsan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
ehsan: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20090707070327/Article

JADI APE PENDAPAT ANDA TENTANG 2 ISU INI.SORANG PASAL BAPA N SEORG LAGI PASAL THAKSIN.APEEER KOMEN ANDA YE?

No comments:

Post a Comment