Thursday, July 23, 2009

baru habis kelas family law 1 n tgh tunggu SAF 2009

i baru habis kelas family law1 td dgn puan rozlinda kat c2 303.best gak .blajar pasal marriage n betrothal. lepas take 5, i gi makan nasi lemak rm1.20. tak sedap pun .beli kat perindu.then, i gi ofis SMF kat c3. bukak facebook.usha2. petang nie ada convention on child's right. dgr2 kata kat uitm shah alam nie ada artis meletop.name dia ,sempoi tak bole bgtau. tahniahlah kepada artis law kite yang satu lagi nie atau lebih dikenali sbg Yuna. dan sebenarnya.i mmg suke suara yuna.tapi suara takde tak lah tinggi sgt compare dgn jac. jac punye suara lg tinggi dan meletop. u all dah dgr ker lagu baru jac.sedap. skrg i minat jugak usha2 team bola sepak M.U. kan baru2 nie ada plawanan psahabatan M.U dan team Malaysia. malaysia kalah 2-0 dan sebelum game nie kalah jugak 2-3. hidup mu. ape2 pun takziah kepada cristiano ronaldo sbb dah pindah ke real madrid macam kaka jugaklah. kesian i tegok berita hari nie ttg yasmin ahmad. dia kena angin ahmar.ct n datok k jugak menyaksikan situasi yang menyedihkan itu.semalam u all tgk tak keliwon.hantu tiada kepala. best.ape2 pun bye u all.bye.

PETALING JAYA - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad, 51, yang tidak sedarkan diri kini stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara di sini semalam.
Pembedahan selama lebih sejam yang bermula pada pukul 6 petang itu berjaya mengeluarkan darah beku dari kepalanya.

Sebelum itu, pengarah filem Sepet itu dikejarkan ke hospital tersebut selepas tidak sedarkan diri semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Farisha Pawanteh di Sri Pentas, TV3 di sini.
Adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, Yasmin diserang angin ahmar dan sudah dibedah. Beliau kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
"Buat masa ini, jantung Yasmin disokong ubat-ubatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! lewat malam tadi mendapati Yasmin tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat.
Terdahulu, ketika bermesyuarat pengarah itu yang juga popular menerusi filem Gubra mengadu tidak sihat dan ingin berehat seketika. Beliau kemudian duduk dan menekup mukanya di atas meja mesyuarat di TV3.
Selepas menyedari Yasmin tidak memberi sebarang respons, Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid dan enam lagi ahli mesyuarat lain bergegas membantu.
Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

1 comment: