Monday, June 8, 2009

you nie sakit jiwa atau gila?

sempoi saje je nak ketengah kan yg samada you nie gile atau sakit jiwe... tak byk bezelah..walaubgmanapun...sakit jiwa bole diklasifikasikan kpd pelbagai jenis ada yang simple,sederhana,kronik n sgt kronik...so nanti sempoi antaq u all ke tg. rambutan ok..hehe..

APA DIA PENYAKIT JIWA?

sempoi cube jelaskan yang kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.

Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.

Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.

Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

APAKAH PUNCA PENYAKIT JIWA?

biasanyer...tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-

Sebab-sebab fizikal: Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.

Keturunan: Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

ape2...pun bykkan rilex n dekatkan diri dgn Tuhan...spt baca Al-Quran, solat..ambil wuduk... gi mandi..tidoq cukup... gi karoke skali skale...tgk wayang crite2..yg hepi2... blanje i makn secret ke..hehe...ape2 pun cari kawan yang bole membantu kt paling terok pun sms atau call kawan2 kt mintak nasihat n release kan kt punye stress sblm terok menjadi skit jiwe yg lebih berbhy...

yuljeworo...isnis.com/
?p=84

http://thm-a03.yimg.com/image/8aac547b61965ed8

No comments:

Post a Comment