Tuesday, October 26, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010


SEDANG BERAYA...SEDIH SGT..

MOHD ZAMRE BIN MOHD ZAHIR

NIE KOLEK SI GAMBAR SEMPOI..

INI ADALHA GAMBAR FAMILY SEMPOI...AMEK TIME RAYA AIDILFITRI 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM SALAM SATU MALAYSIA...
SEMPOI DAH LAMA TAK TULIS BLOG ...BZ SIKIT..
UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERLANDASKAN COMMON LAW/ENGLISH LAW DAN SEDIKIT SEBANYAK MACAM UNDANG-UNDANG DI INDIA JIKA LIHAT DARI ASPEK SEJARAH... KITE AKAN PEGANG N FOLLOW UNDANG-UNDANG NEGARA KITE MELAINKAN JIKE ADA LACUNAE, BARU KITE FOLLOW COMMON LAW.. SETIAP BILL YANG DIPINDA AKAN DIBAWA KE PARLIMEN (DWN RAKYAT N DWN NEGARA) UNTUK DIBACA/DIPERDEBATKAN N DIHUJAHKAN DI KEDUA2 DEWAN SEHINGGA DIPERKENANKAN OLEH YDPA THEN IA AKAN DIGAZZETKAN SBG AKTA DAN DILAKSANAKAN. SMUA AKTA/UNDANG-UNDANG AKAN BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (GRUNDNORM). OK TUE JELAH..NANTI SEMPOI TULIS LAGI...OK, I'VE 2 GO..ADE KELAS...

Friday, June 11, 2010

sempoi dapat tawaran sambung LLB kat UiTM selepas amek BLS...

sempoi dapat smabung LLB ..bestnyer...takut pun ade..tpi,lepas nie mesti lagi buzy...habislah aku..../.tapi setahun je...kat sini nak tunjukkan contoh surat tawaran yg sempoi dapat hari ini lah lepas tgk kat student portal UiTM...kawan2 pun ramai dapat..buat masa ni baru tahu nik dan ika dapat..yg lain2 tak tanya lagi...malas nak tanya2...nanti org kate kite nosy pulak...biarlah mrk bgtau sendiri...good luck kawan2...

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (LW222) SEPENUH MASA
SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
FAKULTI UNDANG-UNDANG

Kampus: B - UiTM Shah Alam Semester: JULAI 2010


Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat: BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR, BANGUNAN UiTM INTERNATIONAL CENTRE (UIC),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, 40450 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh: 1/7/2010 Masa: 9:00AM - 1:00PM


Kemudahan dan Bayaran

Yuran pengajian satu semester: SILA RUJUK BIL BAYARAN

Kemudahan kolej kediaman : TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI


PENTING
1. Program dan kampus yang ditawarkan adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan pertukaran tidak akan dilayan.
2. Anda dikehendaki mematuhi syarat-syarat tawaran seperti berikut.
3. Sila bawa sijil-sijil asal dan salinan SEMASA MENDAFTAR. [Senarai Semakan & Borang-borang Pelajar Baru]
4. Anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan / penolakan tawaran dengan segera dalam tempoh yang ditetapkan melalui laman web di http://istudent.uitm.edu.my/intake .
5. Calon hanya diterima sebagai pelajar UiTM setelah datang mendaftar, membayar yuran pengajian serta memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UiTM.
KETUA
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR

sempoi likes...

Its really is the
end for BLS~ A chapter has ended for another chap to begin. Happy
graduating and shaping the next step for your future dreams!~ All the
best BLS 'graduates'!
A lawyer, according to Black's Law Dictionary, is "a person learned in the law; as an attorney, counsel or solicitor; a person licensed to practice law."Law is the system of rules of conduct established by the sovereign government of a society to correct wrongs, maintain the stability of political and social authority, and deliver justice. Working as a lawyer involves the practical application of abstract legal theories and knowledge to solve specific individualized problems, or to advance the interests of those who retain (i.e., hire) lawyers to perform legal services.
The role of the lawyer varies significantly across legal jurisdictions, and so it can be treated here in only the most general terms.
In practice, legal jurisdictions exercise their right to determine who is recognized as being a lawyer; as a result, the meaning of the term "lawyer" may vary from place to place.

* In Australia the word "lawyer" is used to refer to both barristers and solicitors (whether in private practice or practising as corporate in-house counsel).
* In Canada, the word "lawyer" only refers to individuals who have been called to the bar or have qualified as civil law notaries in the province of Quebec. Common law lawyers in Canada may also be known as "barristers and solicitors", but should not be referred to as "attorneys", since that term has a different meaning in Canadian usage. However, in Quebec, civil law advocates (or avocats in French) often call themselves "attorney" and sometimes "barrister and solicitor".
* In England and Wales, "lawyer" is used loosely to refer to a broad variety of law-trained persons. It includes practitioners such as barristers, solicitors, legal executives and licensed conveyancers; and people who are involved with the law but do not practise it on behalf of individual clients, such as judges, court clerks, and drafters of legislation.
* In India, the term "lawyer" is often colloquially used, but the official term is "advocate" as prescribed under the Advocates Act, 1961.
* In Scotland, the word "lawyer" refers to a more specific group of legally trained people. It specifically includes advocates and solicitors. In a generic sense, it may also include judges and law-trained support staff.
* In the United States, the term generally refers to attorneys who may practice law; it is never used to refer to patent agents or paralegals.
* Other nations tend to have comparable terms for the analogous concept.

Thursday, November 26, 2009

PAGI YANG MEMANG GELAP

PAGI YANG GELAP ini sebab hari nie aku lepak rumah kat desa pandan, kuala lumpur n tak buat ape2 pun.smalam baru balik dari kolej perindu uitm shah alam. baru habis kursus kik kat uitm melaka. kami buat 'smarteas ramp' dgn kawn2 encik radzuan,arip,din,aku dan hisham.lepas raye haaji cadang nak gi port dickson dgn budak2 jpb kolej perindu rm 100 seorg byr. lepas tue nak gi sabah dgn family tapi tak tau lg jadi ketak.skrg ni sempoi tgh cube cr kerja tp tak dpt2 lagi. so lepak2 lyn fb dgn kawan2 lah.
jgn lupe tontoni movie 'lembing awang pulang ke dayang', pakcik i jadi pengarahnye, majed salleh.
kepada budak uitm lepas nie study same2.sbb part 6 kite laghi susah. i nak study dgn kwn2 mcm ainul,shahrina,normi,anis,iman, and lain2. kalo tak pon study dgn ika, faez,nabil,izwan,nabila,reza, sidiq, edi etc.eh tak payah lah sempoi nak berangan pulak.mrk tue buidak2 pandai.tapi sempoi nie apelah sangat.berangan jer petang2 nie.eh dah azan asar dah.cepatnye.rambut masih basah nie,sbb baruu je lepas mandi. nanti nak ajak sepupu, amirul keluarlah sbb nak karooke jap.
rindu gak kat budak uitm lendu,melaka. tak lupe gak budak2 maahad al-abbasiah. dah lame tak gi sungkai,perak. bukan ape sempaoi haritue merajuk jap pasal halim. dia janji nak pegvi kemudi,.tapi dia mungkir janji. dia kata mak dia tak bagi angkat sempoi. bilee sempaoi kata ameklah sempaoi , dia jwb, takkan dia nak marah mak dia kot.
So, sempoi maksudkan cakap elok2 pada mak dia yang dia amek sempoi,zuraihi n kawan2 dari kuala lumpur ke sungkai.just ckp n pujuk elok2 mak dia.bukan suruh dia marah mak dia.sempoi sentiasa ingat kata2 n sms dia. tp dia tipu.akibatnye skrg nie malas nak layan dia smpai bila2.sbb dia tipu,mungkir janji belit2 ckp supaya org tertipu. dahlah malas nak ingant pasal dia.kite bukak kisah baru ok.
semppoi harapkan u all tgk vido klip nnie. sbb ia menceritakan ttg "HANTU JEMAN"yg ada di UiTM. tengok tau u all.sempoi pun ada dlm movie nie. tak lama 4 minit jer.



ni filem pakcik sempoi punye, majed salleh.

ni trailler dia..

Monday, August 10, 2009

bila YOU nak kawen?

bila kamu semua nak kawen? sempoi selalu tertanye2. ada yg inginkan hantaran/mahar seperti RM, intan permata, barang kemas, perabot, kereta, rumah. tapi ade seoarang imam telah berjumpe dgn kawan i namanye ainul. pesanan imam itu kpd ainul. ainul apabile u ingin kaween tanyelah satu soalan kepada bakal suamimu. dan jika bakal suamimu berjaya menjawab soalan itu, maka kahwinilah dia. soalan imam itu kepada ainul adalah...
APAKAH HANTARAN/ MAHAR DARIPADA NABI ADAM AS KEPADA HAWA?
jika korang nak tahu jawapannye. korang kena ikut kisah nabi Adam as dan Hawa seperti dibawah ini. baca sampai habis.then, you all bole kawen.hehe.
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.



Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.









Malaikat dan para bidadari berdatangan



Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.



Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.

“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.



Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.



Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.









Mahar perkahwinan Adam



Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?

Itulah yang sedang difikirkan Adam.



Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.



“Bukan!” kata Tuhan.



“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.



“Bukan!” tegas suara Ghaib.



Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.



Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.

Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).



Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.

“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.



Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.



(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.



Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)
ehsan: http://seruling_senja.tripod.com/id136.html

Thursday, July 23, 2009

baru habis kelas family law 1 n tgh tunggu SAF 2009

i baru habis kelas family law1 td dgn puan rozlinda kat c2 303.best gak .blajar pasal marriage n betrothal. lepas take 5, i gi makan nasi lemak rm1.20. tak sedap pun .beli kat perindu.then, i gi ofis SMF kat c3. bukak facebook.usha2. petang nie ada convention on child's right. dgr2 kata kat uitm shah alam nie ada artis meletop.name dia ,sempoi tak bole bgtau. tahniahlah kepada artis law kite yang satu lagi nie atau lebih dikenali sbg Yuna. dan sebenarnya.i mmg suke suara yuna.tapi suara takde tak lah tinggi sgt compare dgn jac. jac punye suara lg tinggi dan meletop. u all dah dgr ker lagu baru jac.sedap. skrg i minat jugak usha2 team bola sepak M.U. kan baru2 nie ada plawanan psahabatan M.U dan team Malaysia. malaysia kalah 2-0 dan sebelum game nie kalah jugak 2-3. hidup mu. ape2 pun takziah kepada cristiano ronaldo sbb dah pindah ke real madrid macam kaka jugaklah. kesian i tegok berita hari nie ttg yasmin ahmad. dia kena angin ahmar.ct n datok k jugak menyaksikan situasi yang menyedihkan itu.semalam u all tgk tak keliwon.hantu tiada kepala. best.ape2 pun bye u all.bye.

PETALING JAYA - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad, 51, yang tidak sedarkan diri kini stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara di sini semalam.
Pembedahan selama lebih sejam yang bermula pada pukul 6 petang itu berjaya mengeluarkan darah beku dari kepalanya.

Sebelum itu, pengarah filem Sepet itu dikejarkan ke hospital tersebut selepas tidak sedarkan diri semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Farisha Pawanteh di Sri Pentas, TV3 di sini.
Adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, Yasmin diserang angin ahmar dan sudah dibedah. Beliau kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
"Buat masa ini, jantung Yasmin disokong ubat-ubatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! lewat malam tadi mendapati Yasmin tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat.
Terdahulu, ketika bermesyuarat pengarah itu yang juga popular menerusi filem Gubra mengadu tidak sihat dan ingin berehat seketika. Beliau kemudian duduk dan menekup mukanya di atas meja mesyuarat di TV3.
Selepas menyedari Yasmin tidak memberi sebarang respons, Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid dan enam lagi ahli mesyuarat lain bergegas membantu.
Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.